Monday, February 06, 2006

Apa itu "Sariberita"?

SariBerita—usaha awal kelompok anak-anak muda untuk menghasilkan media yang benar-benar sesuai dengan peredaran masa, selepas “rasa mual” dengan media sedia ada; samaada arus perdana ataupun alternatif. Dengan menyedari bahawa media di Malaysia hari ini semuanya dikawal oleh pihak politik sehingga menjadikan etika kewartawan dan media sangat tipis, maka, SariBerita bertekad untuk mengisi dan menolak ruang untuk mencapai kebebasan media dengan “bahasa,” imej dan cara sendiri.

Dalam tempoh tiga bulan ke hadapan ini merupakan tempoh percubaan untuk SariBerita membentuk imej dan team produksi yang bebas daripada cara konvensional "media production" lainnya.

Kami juga sedang mengumpul dana yang cukup untuk memulakan edisi SariBerita berasaskan laman web yang tetap. Sekiranya hal itu tidak dapat dijayakan dalam tempoh berkenaan, SariBerita akan tetap diusahakan tanpa menoleh ke belakang lagi.

Hubungi Kami:

Komen, bantuan dalam pelbagai bentuk dan sokongan para pembaca sangat dialu-alukan. Anda boleh menghubungi team SariBerita melalui:

editormanifesto@yahoo.com

[kembali ke halaman utama]